Inilah surau di Kampung Kenawar kampung kelahiran saya.
Kampung Kenawar adalah diantara 93 buah kampung yang terdapat di dalam Daerah Segamat ini.
Jalan dari Bandar Segamat ke kampung-kampung di dalam Mukim Pogoh. Ini ialah jambatan baru Sg. Chodan yang telah ditambak untuk mengatasi masalah banjir. Sebelum jalan baru ini setiap kali air bah ia akan tenggelam dan untuk menyeberang hanyalah dengan perahu dan tentulah kena bayar upahnya.. Di sebelah kanan ialah Surau Kg. Kenawar. Surau ini juga telah dinaiki air pada banjir besar yang melanda negeri Johor pada tahun 2006.
Gambar deretan beberapa buah kedai di Kampung Paya Pulai.
Dari bandar Segamat nak masuk ke kampung-kampung di Pogoh kenalah melalui lintasan kereta api ini. Gambar kereta api dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Kampung kenawar ini adalah salah sebuah kampung yang terdapat di dalam Mukim Pogoh.
Senarai nama kampung-kampung dalam Mukim Pogoh.
- Kg. Paya Pulai
- Kg. Chabong
- Kg. Sedeng
- Kg. Kenawar
- Kg. Danau Panjang
- Kg. Tengkoi
- Kg. Lubuk Selumur
- Kg. Paya Rengas
- Kg. Bkt. Senggir
- Kg. Bukit Limau Manis
- Kg. Chodan
- Kg. Tekam
- Kg. Genuang Baru
- Kg. Melayu Raya
- Kg. Sri Dagang
- Kg. Paya Besar
- Kg Bukit Siput Baru
- Perumahan Awam Bukit Siput
0 comments:
Post a Comment