Thursday, September 02, 2010

Segmen InfoICT di KLFM

Monday, March 21, 2005
Kemudahan WiFi didalam penerbangan

Saya sekarang telah berada di ruang udara India didalam perjalanan pulang ke malaysia. Jika sejak sepuluh hari lepas infoICT keudara setiap pagi dari garisan GMT +1 dan GMT 0, sementara RMKL berada di GMT +8. Pagi ini kita berada di GMT yang sama iaitu di GMT +8. Agak sukar juga membincangkan tajuk teknologi pada pukul 12 dan 1 pagi. Namun begitu walaupun adakalanya talian tidak begitu elok infoict dapat juga keudara tidak kira dimana saya berada.

Pada pagi ini saya ingin membincangkan topik WiFi. Kita sedia maklum dimana WiFi adalah merupakan satu teknologi tapa wayar yang boleh digunakan untuk mengakses internet tanpa menggunakan wayar. Namun begitu dengan mempunyai kemudahan WiFi pada komputer kita sahaja tidak mencukupi untuk kita mengakses Internet. Untuk mengakses Internet kita perlukan kemudahan pemberi sambungan Interent yang dikenali sebagai HotSpot.

Memang banyak hotsopt-hotspot yang terdapat di seluruh dunia yang boleh diakses apabila kita mempunyai kemudahan WiFi pada komputer atau PDA kita. Daripada pengalaman saya memang terdapat banyak hotspot, di kawasan eropah, seperti di Lapangan terbang, di Hotel di kawasan membeli belah dan juga di kedai-kedai makan. Namun jika di Malaysia kebanyakaan hotspot ini adalah percuma tetapi disini semua hotspot adalah berbayar.

Kos untuk mengakses Internet di Lapangan Terbang Hanover adalah €4.50 untuk setengah jam. Lebih kurang RM 22.50. Memang mahal tetapi jika tidak ada pilihan maka terpaksa gunakannya juga.

WiFi memang telah pun boleh digunakan dimana-mana, ianya tidak lagi perlu dibincangkan. Tetapi pada pagi ini saya ingin membincangkan kemudahan WiFi yang boleh kita perolehi ditempat yang jarang sekali kita gunakan. Tempatnya adalah didalam kapalterbang. Saya sekarang tengah menggunakan WiFi didalam kapalterbang didalam penerbangan pulang ke Malaysia, sekarang berada diatas ruang udara India.

Kemudahan WiFi didalam kapalterbang ini menggunakan teknologi satelit, dimana sambungan Interent dipancarkan terus dari satelit kepada AP atau access point yang terdapat didalam kapalterbang ini.

Kemudahan ini sertakat ini hanya diberikan oleh penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing sahaja. Ini adalah kerana teknologi ini menggunakan satelit yang di selenggarakan oleh Boeing sendiri. Walaupun begitu tidak semua pesawat Boeing ada menyediakan kemudahan ini, ianya bergantung kepada pihak pengusaha penerbangan.

Setakat ini Syarikat Lufthansa ada menyediakan kemudahan ini dan ianya boleh digunakan semasa didalam perjalanan pergi dan pulang. Saya pun didalam perjalanan pulang sekarang, didalam masa kira-kira 10 jam lagi saya akan sampai ke Malaysia insyaalah. Semuga apa yang telah disampaikan setakat ini semasa saya berada di luar negara dapat di manfaatkan dengan apa segi sekali pun. Sekian saya Azli Paat untuk InfoICT dari 20,000 kaki di udara India.
Posted by Azli Paat infoICT



Mengetik Tulisan Arab Di Komputer
Artikel asal di mengetik tulisan arab di komputer

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More