Monday, January 18, 2016

MISI ZIARAH SKOT 530382 APP FADZIL BIN AHMAD

Suasana ketika menziarahi Fadzil dikediamannya...indah sungguh suasana kampung, tali air, sawah padi dan gunung ganang..nyaman udara
Really lovely atmosphere at his village


Our latest face app 530382 Skot Fadzil Bin Ahmad... The Picture in his residence in kg keneriang, Mukim Gunong, Kedah on 18th Jan, 2016


Delivering Jacket and donations from G7 to Fadzil on 18th Jan 2016 at 3.30 pm at his residence in Kg Telaga Tengah, Mukim Gunung, Kedah.
    LAPORAN ZIARAH DAN LAWATAN 530382 APP FADZIL BIN AHMAD :
    MUKADDIMAH :
    Seramai 4 orang Skot G7 telah melakukan ziarah dan lawatan keatas Fadzil bin Ahmad pada 18hb Januari, 2016 [ Ahad ] di Kg Telaga Tengah, Mukim Gunung, Alor Star, Kedah. Rombongan G7 terdiri daripada 530386 Roslan Md Din, 530387 Arif Isa, 530412 Rauf Mohd dan 530416 Zambri.

    HASIL LAWATAN :
    Pihak rombongan mendapati Fadzil Ahmad hidup dalam keadaan serba sederhana [ dalam asnaf fakirmiskin ] tinggal dijauh pendalaman kampung yang dikelilingi sawah bendang...Beliau boleh dikategorikan tidak FAKIR dan TIDAK BEGITU SENANG...hidup kais pagi makan pagi dan cukup makan..tidak mempunyai harta atau tanah..hanya tinggal di tanah pesaka arwah ayahnya. Beliau telah tidak bekerja hampir 3 tahun atas sebab kesihatan yang beliau alami. Beliau berkahwin dan mempunyai 7 orang anak. Dua orang anaknya telah bekerja dan 5 masih bersekolah dari Tingkatan 6 hingga Tahun 1. Dua daripada anaknya tinggal di asrama. Beliau kini hanya menjalankan kerja kerja sambilan seperti mengambil upah membawa lori beras ketika musim padi. Pekerjaan ini adalah pekerjaan bermusim dan beliau sebagai tok siak dimasjid berdekatan dengan mendapat elaun dari pihak masjid tersebut. Manakala isteri beliau adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan mengambil upah menjahit atas sumbangan dari jabatan kebajikan masyarakat. Beliau hanya mendapat bantuan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebanyak RM 100.00 sebulan. Selain itu beliau tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak terutama dari pihak Veteran mahupun Bekas Perajurit disebabkan latarbelakang beliau ketika berkhidmat dahulu...
    KESIMPULAN :
    Masih boleh lagi berdikari dan tidak hidup melarat dan dengan pendapatan serba sederhana. Setiap sumbangan yang diterina atau diberikan adalah sebagai satu bonus atau kelebihan untuk keluarga beliau. wallahuallam
Sumber asal : WhatsApp Group coretan oleh Mohd Arif

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More