Saturday, May 28, 2016

KANANG ANAK LANGKAU

    KANANG ANAK LANGKAU
    KANANG ANAK LANGKAU WIRA KEBANGGAAN NEGARA
  • Oleh:Mejar (B) Ramli Abdul Rahim
  1. Wira Negara semasa zaman kebangkitan komunis dalam tahun 70-80an, Kanang Anak Langkau menyifatkan penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datukkepadanya September lalu merupakan pengiktirafan terhadap pasukan keselamatan negara.
  2. Beliau yang menerima P.G.B.K dalam satu majlis penganugerahan sempena ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Baru, Petra Jaya menerima anugerah tersebut dengan hati yang terbuka.
  3. Penulis novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (Bersara) Maznan Noordin yang menulis riwayat hidup beliau menyifatkan Kanang sebagai wirawan contoh yang mengukir namanya dengan darah dan air mata dan tidak ada lagi Kanang sesudah ini kecuali berlaku lagi perang di negara ini.
  4. Novel yang berdasarkan kisah benar ini mengisahkan kehidupan seorang perajurit, iaitu Kanang anak Langkau yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak dan merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik.
  5. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau telah dipelihara oleh datuk dan neneknya dan Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority” sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin.
  6. Pada 21 April 1960 Kanang telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker dan berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak dan meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskot.
  7. Pada 1 Januari 1966, beliau dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal dan pada bulan Mac 1973 berpindah ke kem Terentak Melaka untuk berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger serta dinaikkan ke pangkat Sarjan sebagai Ketua Seksyen.
  8. Ketika menyertai Operasi Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, beliau telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis yang mengakibatkannya tidak sedarkan diri dan terlantar di wad selama setahun.
  9. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang dan pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis.
  10. Pada tahun 1981 Kanang dianugerahkan bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP) dan beliau meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, Kanang telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan dan pada 1 Oktober 1980, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985.
  11. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 dan selepas bersara belaiu dianugerahkan ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya sebagai anak Sarawak yang telah banyak berbakti mengharumkan bumi kelahirannya.
  12. Sebagai sebuah novel yang berlatarbelakangkan dunia tentera penulis Maznan Noordin memberi fokus kepada keberanian dan semangat kental dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan semangat cinta akan Negara di kalangan anggota tentera.
  13. Sebagai tulisan yang berasaskan kisah benar Maznan memberi sentuhan rasa apatah lagi penulis sendiri adalah bekas pegawa tentera yang bisa memahami perjuangan Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis.
  14. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara dan Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh dan ini digambarka dalam Operasi Pukat dan Kanang berjuang habis-habisan menentang penggacas komunis.
  15. Kanang telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun beliau meinta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang pengganas komunis.
  16. Semangat setia kawan dan berpasukan yang kuat dan saling membantu antara sesama anggota tentera adalah senario nyata dalam kehidupan tentera dan ia digambarkan dengan keazaman Kanang dan anggota tentera yang lain memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas komunis dalam operasi Gerakan Setia 8179.
  17. Kanang juga ialah seorang yang berani dan selalu menjadi peninjau pertama sewaktu melakukan operasi dan dalam pertempuran dan beliau dia bertindak berani dan menembak musuh tanpa mempedulikan nyawanya di samping patuh kepada semua arahan.
  18. Kanang pernah ditugaskan dalam operasi untuk mencari anggota 1st Loyal New Zealand Army yang hilang dan prestasi dan dedikasinya terserlah sepanjang perkhidmatan dan pernah berjuang menentang tentera Indonesia semasa zaman Konfrantasi dan turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di pelbagai kawasan operasi.
  19. Kanang berkhidmat dalam tentera sehingga bersara pada 30 Mei 1986 dengan pangkat Pegawai Wanran I dengan kehidupan yang sederhana dan selepas bersara beliau hidup sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
  20. Walaupun kehidupan Kanang agak perit selepas bersara, namun beliau bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada negara untuk menjadikan rakyat berada dalam keadaan aman sejahtera.
  21. Kanang adalah manusia contoh yang boleh dijadi ikon patriotisme rasa tanggungjawab, berani, keyakinan kepada diri sendiri, mengambil berat kepada orang lain terutamam rakan seperjuangannya ketika di daerah operasi.
  22. Disiplin yang menjadi teras perjuangan tentera menjadi amalan Kanang dan sebagai manusia biasa beliau juga mencernakan keluarganya untuk dididik dengan sifat-sifat yang positif dan kesabaran isterinya menghadapi suami yang koma selama setahun adalah satu yang patut dipuji.
  23. Rejimen Renjer Diraja yang mempunyai motto AGI HIDUP AGI NGELABAN iaitu ungkapan daripada bahasa Iban yang bermaksud “Selagi Hidup Selagi Berjuang” menepati komitmen perjuangan pasukan infantri yang menjadi kebanggaan Angkatan Tentera Malaysia sesudah Rejimen Askar Melayu Diraja.
  24. Perjuangan Kanang Anak Langkau akan terus dikenang sebagai wirawan yang tidak pernah undur daripada daerah perjuangan
    Telah di tulis pada Saturday, November 24, 2012

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More