Wednesday, October 15, 2008

RAR menulis


Salam braders

Tahniah buat warga kerja yang mengusahakan pertemuan Ramadan di Pulnord.

36 years have elapsed since I  Ieft AFATS way back in 1972. Setelah tahun demi tahun berlalu, semalam adalah saat yang bersejarah bagi RAR kerana pertama kali dapat bersua teman-teman lama yang tak pernah bersua dan dapat pula bertemu braders yang baru yang selama ini mungkin pernah membaca tulisan RAR tetapi tidak pernah melihat RAR di alam nyata. Pertemuan di Pulnord adalah pertemuan yang nostalgik kerana ia mengambalikan kenangan silam semasa RAR berada di AFATS 1969-1972.

Kepada braders yang masih berkhidmat di dalam tentera, braders akan merasakan kelainan apabila kalian mengharungi kehidupan awam nanti. Orang awam tidak bisa menghayati kehidupan espirit de corp yang terjalin di kalangan anggota tentera. Pengalaman RAR semasa ditumpangkan kepada the New Straits Times Group untuk berkhidmat dengan the Malay Mail pada Januari 1993-Jun 1993 amat berguna untuk membezakan budaya tentera yang kita lalui dengan kehidupan awam yang lebih bersifat nafsi-nafsi engkau engkau aku aku. Askar mudah belanja makan minum. Civilian. No. Bukan tak ada. Ada. Tapi askar lebih pemurah. Selalunya pegawailah yang kena belanja prebet. Ada juga prebet pernah belanja RAR masa dalam tentera dulu.

Berbalik dengan program kita di Pulnord RAR nampak kelainannya. Tidak ada protokol. Tidak ada permaidani merah. Tidak ada ucpan macam program parti politik. Semuanya bersahaja. Everything happened smoothly. RAR yang tak pernah berinteraksi dg braders AFTAS selama 36 tahun terasa seperti di rumah sendiri. Semua braders mengukir senyum. RAR pun tak kenal siapa yang Kolonel siapa yang koperal. Of course Jen Aziz kenal sebab dia intake 3. Intake 4 jadi freshie RAR. Tapi sebab RAR tak berapa berkenan nak RAGGING JUNIOR maka RAR ini mungkin kurang popular di AFATS. Bergaduh pun tak pernah. Inilah cantiknya AFATS. Kita tak pernah bergaduh. Sebenarnya brader AFATS itulah yang menggantikan ibu dan bapa. Bayangkan umur 15 tahun dah pakai uniform jauh daripada pengawasan ibu bapa. KIta membesar dengan cara kita sendiri. Education officers mengajar akademik. Military instructors mengajar kita kawad. Guru agama seminggu sekali bagi syarahan agama kat dewan makan AFATS dari PLR Port Dickson. Kita tidak banyak belajar agama  di AFATS. Tidak ada yang khusus mendidik kita untuk menjadi manusia. Kita sebenarnya belajar sendiri. Kita lihat senior kita bakar lilin untuk kilatkan boot kawad. Kita lihat senior kita untuk pakai parties. Ada yang belajar kanji uniform sendiri. Berbelak sana berbelak sini kena kanji.

Askar mengajar kita MENJERIT.

Aura askar kurang kelihatan dalam pertemuan kita di Pulnord. Of course tak ada main tabik-tabik spring and what not.  Sembang askar terbahak-bahak itu memang adalah. Askar memang selalu ceria. Tetapi dalam gelak tawa itu tersohor rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Masing-masing kelihatan tawadhuk baik jeneral ke kolonel ke baik yang telah bersara ataupun yang masih berkhidmat. Suasana ini memang sungguh ideal.  

YOU WILL MISS ALL THE FUN WHEN YOU LEAVE THE MILITARY.

Macam RAR nilah. Kenangan yang indah itu hanya dapat dilukiskan dengan untaian kata dan tulisan. Alangkah indahnya KALAU JARUM JAM itu boleh DIPUTAR KE BELAKANG dan kita berada dalam zaman pakai seluar pendek, kawad, kena EXTRA DRILL, gunting rambut dengan Anay, pergi sembahyang Jumaat berbaris, mengusung pinggan warna hijau, bawa gelas plastik warna hijau, pakai tuala hijau (RAR CAN'T REMEMBER kalau kita diissuekan dengan seluar dalam HIJAU), bawa pisau, bawa garfu, bawa camca, minum kopi pahit, mihun keras kejang, kacang bender berlendir, ikan kembung, MAGNOLIA, telor rebus, roti wap, main perang2 dg SLR di hutan  Segenting, mandi kat Batu 4 Sirusa, cross country (short cut selalu), report sick di RSAT, menonton tv sampai jam 12 malam, masa itu dapat RM60 sebulan besar sudah cukup besar.

Masa berlalu seolah-olah baru semalam kita berpisah. em.......... ..we are aging braders..... ......... .ini sunatullah yang kita tidak dapat lari......rambut pun dan mula gugur putih...ingatan makin lama makin hilang...... .

Apakah kita akan bersua dengan Ramadan yang akan datang hanya Allah yang menentukan.. .Manusia merancang..tetapi Allah Maha Perancang... .....


Selamat bersahur

RAR
4.41 pagi
2008

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More