Part I...
Siapa budak sekolah paling muda berkawad kaki (macam orang dewasa) dalam tentera kalau bukan budak AFATS, mengadukah kita? mengadu pada siapa?
Terhinakah kita kalau brader macam Fathullah dan yang lain, berkawad hentak kaki dalam tong sampah getah dekat cook house, dengan senjata SLR, bukan M-16 atau HK atau Baretta atau Styer.
Sanggupkah budak sekarang mencekah senjata SLR untuk menembak terutama peluru blank semasa latihan Kem Tahunan.
Adakah tentera sekarang menjalani ujian membuka memasang senjata SLR, ujian mengisi peluru. ujian TSM (tindakan serta merta), senjata tembak baik, senjata henti! 'Kelopak kosong' atau peluru tak meletup atau pin peletup patah?
Sanggupkah budak sekarang mengusung katil dan seluruh layout kit untuk show parade semasa pengawal di dirikan ?
Sanggupkah mereka STANDBY BED dari jam 2200 hingga jam 0100 kemudian kilat kasut semula hingga jam 0200 sebab kena tenyeh oleh senior kita?
Sanggupkah mereka crowl bawah capoi double decker 100, 200 hingga beribu pusingan ?
Adakah masa kita untuk tidur petang selain hanya hari minggu?
Masuk baris seawal jam 0645, MASUK BARIS, KEKANAN LURUS, NOMBOR! LAPOR, PERIKSA BARIS, NYANYI LAGU NEGARA KU, DAN KENA AMBIL NOMBOR SEBAB KASUT TAK KILAT / BAJU TAK GOSOK / RAMBUT PANJANG?
Ada ke budak sekolah pakai seluar AMCO, Levi's, Madrid, Lois, Lee, Wrangler dengan kasut Johnson Cossack, Adidas, Puma, Nike, John Wright. Baju Lacoste, Arrow, Levi's, Lee, Borgard, Bukta, Grand Slam, Lois?
Perlukah kita dulu minta wang saku dengan keluarga?
Mengadukah kita jika kena star light, tumbuk, tendang?
Jemukah kita untuk mengemas tempat tidur dan pasang 'LAY OUT KITS' setiap hari kecuali hari cuti ?
Jemukah kita setiap hari minggu makan Maggi?
Risaukah kita bila bertanding acara sukan nak lawan dengan siapa?
Jika main Ragbi, bukan gol sahaja yang kita kira, tetapi kita juga kira berapa orang pemain lawan yang akan naik ambulan yang kita juga sediakan?
Sanggupkah kita berlatih main volley ball dengan LKpl Bouy? Berlatih Ragbi dengan "Mat Salleh tu"?
Part II
Ceritakan dengan anak-anak kita.
Bodoh ke kita sekolah aliran orang putih, tetapi tiada guru yang betul-betul mengajar B. Inggeris melainkan buka muka surat jawab soalan je?
Bodoh ke kita tanpa kelas tambahan untuk duduk peperiksaan MCE?
Tidak ada langsungkah anak-anak dara di sekolah menengah sekitar PD yang tidak kenal budak Afats?
Tak tahu agamakah dan tak pandai melukiskah kita untuk ambil subjek Lukisan dan Agama Islam tanpa guru dan tiada dalam jadual waktu Afats?
NOSTALGIA itulah AFATS (SPPAT)
Part III
Budak mana yang paling nakal, bila ada fun fair kat PD, bila hampir fun fair nak tutup lebih kurang 1 jam terakhir, naik kuda terbang yang paling laju . . . . special request terbang, saya teringat Hamdan, Mansor, Amir, Radhi, dan lain-lain yang kepala siut tu, macam-macam adeee ,
Pelajar yang paling tidak rasa presure langsung untuk duduk peperiksaan MCE, adalah budak Afats. Bolih jawab dia tunggu dalam kelas buat sampai habis, kalau susah 30 minit dah ada yang keluar, bukan balik baca buku tetapi tukar pakaian sukan main tennis, sedangkan kawan yang periksa masih dalam kelas.
Sepanjang 3 tahun di Afats, jadual waktu memang ada, tetapi waktu tidur dalam kelas (tidur baring alas overall) dengan waktu belajar sama banyak kalau tidak pun kurang sedikit.
Hisap rokok, jangan cerita, 96 puntung satu hari dalam bilik saya Senior Apprentice Sargent, tu . . . yang hisap . . . . . jangan cakap saya buka ruangan ini untuk mereka mengaku . . . . saya hisap . . . . .
Intake saya yang lapor memang dah hisap rokok pun . . . . jangan cakap . . . .
Bab anjur wayang kulit . . . . lain . . . . . yang tukang pasang layar ! ada . . .
yang tukang simpan . . . . pun ada . . . .
Tukang tulis buku . . . . . hutang pun ada . . . . .
yang buat . . . terbakar pun ada . . . . . . yang tonton rewind pun ada. . . .
SIAPA ! ! ! haaaaaa biar pecah diperut jangan pecah di mulut kecuali dia sendiri nak pecahkan he . . .he . . .
Saya baik punya budak . . . . tumbesaran yang cukup matang itu lah Afats punya budak.
bersambung . . . .
Coretan dari brader:
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)
H/Phone 012-3466021(24 jam)
Gambar bersama Mohd Taha Ibrahim semasa di Kor JLJ. Kami berdua ni berasal dari Segamat, Johor. Sekarang beliau adalah Pengarah di Cawangan Penguat kuasaan dan Eksesais di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ini adalah sebahagian dari gambar kenangan lama. I've kept it all this time, but then I don't remember who the photographer is.
Ini adalah coretan dari Brader Zainal 530399...
Kenangan Mengusik Jiwa 30 Tahun lalu di SiRusa,PD (1974 - 1977).
Lihatlah.... brader.... Betapa mentahnye kita ketika itu, dari kampung dengan tekad mencari dan menambah ilmu dengan memperdagangkan nasib kita masing2.... Sesungguhnya, ketahuilah wahai Brader... Andalah insan teristimewa yang berjaya terpilih dari puluhan ribu pelajar lain dari seluruh negara yang memohon diketika itu, Kalian.. kalianlah... Braderlah insan teristimewa tersebut Mula-mula kita kan kita hanya beranggan-anggan, kemudian kita jadikan cita-cita, semasa mencuba kita lakukan bersungguh-sungguh, dengan berkat dan restu Illahi, Tuhan tidak pernah dan tidak akan mengecewakan kita. Yang Pasti.... Perjalanan seribu batu itu mesti bermula dengan setapak langkah, dengan langkah pertama dan diikuti dengan langkah kedua, langkah ketiga dan langkah-langkah seterusnya......... Tanpa langkah pertama ... tidak akan ade langkah kedua....langkah ketiga....dan langkah-langkah berikutnya.... Jangankan seribu batu, sedepa pun kita tidak akan berganjak.... Renungkanlah bersama Sejarah Itu Umpama Cermin Diri. Sesuatu yang berlalu ibarat cermin untuk kita pada hari ini, sebagai panduan membentuk halatuju pada masa hadapan...
Lawatan ke 3rd Artillery, Taiping, 1977. Apa khabar rusa tu ye? Kanan sekali tu Brader Azman.
Caliber = 7.62 mm
Muzzle Velocity = 838m/s
Length Overall = 1.143 m
Magazine Capacity = 20 Rounds
Length of Barrel = 0.5334 m
Rate of Fire = 40 rpm
Weight Empty = 4.337 kg
Max Effective Range = 600 m +
Weight Loaded = 5.074 kg
0 comments:
Post a Comment